Wednesday, October 31, 2012
umrah travelog - delayed vers.
Aidiladha baru2 ni mengingatkan aku yg aku x abes lagi dokumenkan cerita perjalanan umrah yg selamat aku laksanakan feb.lalu.
bila kukorek balik, sempat sampai part 3 - ziarah raudhah.
walaupon sudah 8 bulan berlalu, semuanya tetap jelas di ingatan. nak menangis rasenye tgk tv rancangan2 sempenahaji dan aidiladha baru2 ni...terasa dekat je tpt2 tu walaupon aku tau sebenarnye jauh.
teringin nak pegi lagi, tp aku dah aam kali ke dua nak pegi dgn mak n abah, kalau bleh buat haji terus, so masih pjg perjalanan. duit x cukup lagi.
anyways..before its too late, i'd like to write the story down to the last day of that trip.
it will be a longggggg one :-)
mudah2an ada stamina itu hehe...
before tu aku tempekkan balik part 1~3 yg pernah aku post dulu kat sini gak.
akan menyusul part 4 dan seterusnya, bermula dgn hari2 akhir di Madinah dan perjalanan ke Mekah yg penuh suspens dan kesabaran, hinggalah kepada pengalaman pertama kali berada dalam Masjidil Haram dan melihat Kaabah, serta hari2 seterusnya menjalankan ibadah umrah.
special features will include my story of the things that happened to me yg aku rasakan agak pelik - in the sense that those things happen because i was in Mekah and all by His will.
Labels: travelling, umrah
11:24 AM
0 friends sharing their thots
Part 1: Kembara menyuci jiwa - Niat dan persediaan.
niat. segalanya bermulanya dengan niat.
yg didatangkan bersama hidayah dan petunjuk-Nya.
Setahun lalu, bila seorg teman baik sampai masanya untuk ke sana, ade sedikit tersentuh rasa. tp jujurnya, tak terdetik lagi keinginan untuk mengikut jejak langkah. terase terlalu byk komitmen dan tak ada keyakinan pada diri sendiri. tp sempat jugak berpesan pada tman tu utk doakan aku dapat jugak panggilan-Nya utk ke sana.
sebelum tu seorg sahabat juga pernah menimbulkan persoalan.." Kaklong takde rase nak pegi gak ke?" *not this exact words..ni ayat sopan ni haha. ayat mamat ni waktu tu agak sarkastik*
tak ingat sama ade aku ade jawab ke tak, tp mmg waktu tu perasaan tu aku sendiri x pasti.
ramai jugak org sekeliling yg pergi dalam last year. and honestly, selain drpd merasakan "bestnye..", perasaan terhenti setakat di situ.
setahun yg menyambung rentetean hidup berperasaan kucar kacir. byk perkara baru berlaku di sekitar dan pada org2 dikeliling, lebih membuatkan aku rasa seolah-olah aku seorg yg kaku, tiada perubahan tiada penambahan. makin byk angan2, makan makin byk lah jugak kekecewaan.
semua jadi komplikated, susah untuk respond dan react pada benda yg berlaku disekeliling, seringkali jugak mengeruhkan keadaan dan melukakan hati org2 tersayang, lantas nak gembira ke nak sedih ke. kadang2 senyum dan gembira tu hanya untuk menutup pekung di dada, dan membuatkan org lain gembira.
insecure, drpd ditinggalkan benar2 seorg membuatkan aku betul2 jadi pengecut.
tp bila aku jadi betul2 berani, akhirnya kecewa jugak jawapannya.
Ramadhan.
Bulan yang membawa perubahan. tak perlu dgr berita sesiapa nak ke tanah suci. tak perlu ada sesiapa yg nak bertanya.
Mungkin agak pelik, tp satu hari ketika menonton satu drama di TV, terdetiklah niat tu.
Drama membawa kisah sepasang suami isteri yg ke sana, doa utama utk mendapatkan zuriat setelah sekian lama. seorg lagi watak, si ibu tunggal plak mendoakan anaknya mendapat keluarga. u can guess how the story ended.
drama je, but buat aku terfikir. ajaibnya. tp itulah kuasa Allah, tiada apa yg kebetulan. segalanya telah Dia rancang utk hambaNya.
For the first time tgk gambaran2 dlm TV tu, masjid, Kaabah etc mendatangkan rasa ingin melihat dgn mata sendiri.
and then selang beberapa hari, seorg sahabat pulak bercerita pasal sebuah buku 'Travelog Haji', yg secara kebetulannya terjumpa kat rak buku waktu browsing kat MPH.
terus aku beli buku tu..diam2 baca.
waktu tu jugak terjumpa dgn video2 berkenaan kisah2 artis yg berhijrah - wardina, catriona ross etc.
semua tu menyentuh jiwa..betapa besarnya makna hidayah pada manusia. terasa takut, bagaimana kalau Allah tarik hidayah dan pedomanNya yg ada skrg ni?
Tanpa sedar, NIAT itu sudah tertanam dalam hati. kalau korek2 balik blog ni, ade satu entry time aku memula terasa nak pegi. waktu tu terasa insecure sbb taktau nak pegi ngan sape, mcm mane etc. tak terfikir langsung jalannye mcm mane.
di belakang tabir, sahabat yg dulu pernah tanye " xde rasa nak pegi ke?" tu, sampaikan citer pada maknya and kebetulan kisahnya mak nye pon ade planning nak gi.
kebetulanla pulak..tp serious aku x yakin langsung yg ade ruang utk aku nak menumpang skali time tu.
balik cuti raya, aku habiskan baca buku travelog haji, dan mula sebut2 kat mak abah pasal niat tu.
balik dari cuti raya..a few days after, satu hari di office sahabat tu pass phone dia, on the line was mak nya, tanya direct nak ikut tak pergi sama.
dan mulut dgn senang menjawab "Nak." walaupon waktu tu x sempat pon nak consider lain2 benda cam kos, cuti etc.
semua tu after a while baru tersedar yg kena buat planning :p
and so the journey began. excited tak terkata sejak awalnya.
akhir tahun dugaan datang dlm bentuk satu eksiden ringan di rumah, ade sikit risau if injury berlarutan sampai susah nak jalan ke ape. truth is its not 100% ok yet, tp Alhamdulillah it only made me stronger inside.
bermula pencarian dalam diri sendiri, mula bermuhasabah diri, tanya balik kenapa nak pergi?
sbb nak berdoa? aku betulkan balik niat..ibadah umrah sewajarnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah. titik. aku tanamkan perasaan itu. doa dan segala hajat, hanya sampingan yg melengkapkan.
rasa takut sikit2 datang, esp. bile mendengar dan membaca kisah2 hukuman cash yg diterima manusia yg terdahulu sampai ke sana. namun aku tanamkan dlm hati, siapa aku utk bersangka buruk pada Allah?
Proses bermuhasabah, bermonolog ni berlarutan beberapa bulan.
kena pulak kerja tiba2 menuntut komitmen, tp aku tak ragu2 utk be clear abt it dgn boss. no way aku nak postpone plan sbb keja. for the first time in many years, kerja wasnt my priority.
sedar x sedar..sampai akhir tahun. Alhamdulillah rezeki mengizinkan utk bayar abes fees pakej sebelum tamat december 2011, tarikh pon dah dpt by that time, dan hati pon semakin berdebar-debar.
waktu nak bayar tu xde sikit pon rasa sayang, walaupon sblm2 tu pernah plan duit tu utk sthg else. malah waktu tu terfikir pulak, kenapalah aku tak buat mcm tu 2-3 tahun yg lepas? kenapa sebelum ni sayang sgt nak allocate duit utk ke sana, sedangkan asyik berangan nak ke mcm2 tempat.
Niat, semuanya kerana niat.
Kebetulan housemate pulak dpt menunaikan haji thn lps. lagi bertambah seronok mendengar cerita walaupon setiap kali mendgr citer tu sungguh tak terbayang. langsung. bayangan tu x ada. tak terbayang mcm mana rupa masjid2 yg diceritakan, mcm mana rupa Kaabah. time dgr citer ustaz ketika ceramah persediaan umrah pon sama. susah betulkan nak imagine biler ustaz sebut nama2 tempat keliling Kaabah dan Masjidilharam tu.
tapi about sebulan sblm pergi, ade bermimpi aku dah sampai ke sana. waktu tu aku ingat itu Masjidilharam. tp skrg baru aku tau yg dtg dalam mimpi itu adalah Masjid Nabawi :p
itu yg aku nampak dlm mimpi.
Persediaan aku buat slowly, both rohani dan jasmani.
sekadar berkongsi, utk teman2 yg mungkin dah ade pasang niat tu, bagus jika diperbanyakkan taubat, tahajud dan hajat. qadha segala yg tertinggal..walaupon jujurnye mungkin bertahun ambil masa nak ganti semua.
taubat especially. bersihkan hati. redha, cuba lepaskan apa2 yg terbuku. something yg susah utk aku...tp aku cuba hinggalah ke hari terakhir sebelum pergi.
pertama kali kenal makna solat tasbih. berbulan bulan amek masa nak tunaikan semenjak kali pertama baca pasal solat ni dalam buku...sungguhla lemah nya.
towards the trip, hari2 pon terbayang-bayang. dah nak dkt pergi tu tetiba rasa sedih...sbb x dpt pegi dgn mak abah. tetiba rasa bersalah sbb nak pegi tanpa diorg. aku sepatutnye bawak diorg sekali..
tp aku redha, tak mampu lagi. dan aku tak mampu menanti. rasa mcm dah terpanggil sgt.
itu yg paling berat nak dilepaskan sebelum sampai masa pergi tuh. tp hikmahnye, datang niat dan motivasi yg sgt hebat utk menaikkan mak dan abah gi haji. kalau boleh bersama aku sekali, tp kalau x dpt, dpt hantar mereka pegi dulu pon cukup bahagia.
pergi pon takde bertemankan ahli keluarga, cukup dgn panggilan dr jauh untuk semua yg tersayang. dah jumpe dgn semua 2 minggu sblm berlepas waktu buat kenduri doa selamat kat kampung.
bagus jugak tak bertemankan sesiapa, sbb rase kalau ade diorg surely x dpt remain calm je.
terasa cukup bernasib baik dan bertuah, aku ade sahabat2 yg menyambungkan silaturrahim aku dgn org2 yg bersama dgn aku ke sana. mungkin pelik bagi setgh org. walaupon tak berapa kenal asalnya, dan jujurnya ada jugak rasa risau, tak pasti mcm mane nak bersama dgn diorg sepanjang dua minggu tu, aku bukan jenis yg mesra alam sgt pon. TAWAKAL.
tarikh 13 feb, dalam debar akhirnya berangkat jugak, sempat call mak, abah, makwe utk ucap selamat tinggal dan mohon ampun maaf. tak terkata sebaknya mcm mana.
sempat jugak meluahkan ape yg terbuku di hati pada seseorg. yg selama ni aku simpan dalam hati sampai jadi luka dan nanah. takde apa2 yg membuka cerita silam, hanya harapan dan maaf utk segala kekalutan.
Flight in total 13 hours KL-BANGKOK-AMMAN, and then AMMAN-JEDDAH after half-day ziarah in Jordan, terasa amat panjang.
Apa yg menanti di sana? Ape perasaan dan reaksi waktu melintas sempadan tanah haram Madinah dalam subuh pagi? mcm mana rasenye kali pertama melihat Masjid Nabawi, kali pertama melangkah masuk dan bersolat di dalamnya? kali pertama dahi menyentuh sejadah ketika sujud padaNya?
susah nak digambarkan, tp insyaAllah akan cuba aku susunkan jadi kata2.
-to be continued-
Labels: travelling, umrah
11:00 AM
0 friends sharing their thots
Part 2: Kembara Menyuci Jiwa - From KL- Jordan-Madinah..
The plane took off from KLIA at 10.35pm, 13/2. we( err or the pilot ekceli..) made a pit stop at Bangkok for abt 1 1/2 hour then on to our journey to Amman, Jordan. after abt 13 hours, we finally arrived in Amman, touched down at the Queen Alia airport at around 6am(malaysian time 11am). it was the longest flight i've had so far..huhu, it wasnt that pleasant. i cudnt sleep through. tried my best to sleep but kept waking up because the a/c felt a bit warm. kinda stuffy. so from the airport we were taken to a hotel nearby, the golden tulip hotel to freshen up. owh and breakfast. had a 'jordan' style buffet breakfast, then took a shower. owh the weather was actually quite cold! it was the end of winter so the temp in the morning is still quite low. i think we were only given abt 2 hours for breakfast n rest, then it was time to start our half day ziarah in Jordan.
owh....i had to mention, i had no camera with me for this trip. mcm x caya kan? i had to camera my bulky stuff behind, and borrowed my housemate's pns but xde rezeki, i only realized the the camera had no memory stick in it when it was already too late. but fikir2 now, i think it was a blessing in disguise. having a camera cud maybe have distracted me a bit, esp in while in the two Holy lands. to cut the story short, in jordan we had the chance to visit gua ashabul kahfi ( tpt sekumpulan pemuda yg ditidurkan selama 300thn sewaktu sedang bersembunyi drpd pemerintah yg sdg memburu mereka), makan Nabi Shuib dan finally ke laut mati dead sea). the dead sea was quite an interesting sight - tp kami sempat juga diingatkan oleh Ustaz tour leader, yg laut mati ini adalah satu sejarah hitam yg perna berlaku, yg lebih penting adalah mengambil pengajaran drpdnye. air drpd laut mati juga bukan salah satu air yg dimuliakan dalam Islam ( air zam zam, sg Nil, air drpd celah2 jari Nabi Muhammad..), jd sebagai org Islam tidak wajar kita memuja dan memuji kelebihan air laut mati. kami mmg berjalan sampai ke pantai, sampai ke gigi air laut mati, smpt merasa betapa masinnye air nya, seyes masin! very highly concerntrated in salt! i learned then that the location of the dead sea is below normal sea level..kira sepatutnye secara logiknye, laut mati dan kawasan sekitar tu patutnye tenggelam sepenuhnye, tp kuasa Allah, Subhanallah. People around the world believe that the water and mud from the dead sea has its benefits for health and skin. i did buy some spa stuff as souveniers, mcmla rajin nak guna heh. so bla bla bla.....
visit ended in the evening, we stopped by this shop to buy souveniers and then back to the hotel. had a nap, and freshen up before leaving for the airport. waktu ni dah start berdebar-debar balik thinking that soon i'll be back on track to my main destinations. cut the already long story shorter, we got on the plane and flew to Jeddah that night. got to Jeddah at around midnight. it was quite nerve wrecking, sentiasa concious n takut ngan the officials at the airport. since i wasnt with a mahram@muhrim for umrah, the agency had to put pakngah's name as my mahram( pakngah is the pakcik yg aku tumpang ikut trip ni..), just for documetation je. by right sbb aku pegi mengikut kumpulan yg besar, ade golongan wanita yg boleh dipercayai, x jd issue pon pasal mahram ni. ade kat satu checkpoint tu, this saudi official, holding my passport asked me 'mahram?' aku pon jwb mcm yg ustaz ajar ' mohd lasa bin ali' sekali tgk dpn pakngah dah xde. panik jap. seb baek pastu org arab tu bg lepas je.. fuhh. risau gak, saudi sgt particular pasal benda2 ni.kalau tetiba diorg kata xleh masuk negara diorg sbb xde peneman lelaki, mmg xleh nak ckp ape lah.
anyway sumernye selamat. kami pon dlm sejuk2 malam tu menyorong bag masing2 keluar, dan menanti bas yg bakal membawa ke destinasi utama, kota Madinah. waktu ni kami dijemput oleh seorg mutawwif, berbangsa Indonesia yg kecik comel orgnye - ustaz syarip. awal2 dah berkenan. haha. tp awal2 jugak dah tau ustaz ni dah kawen. haha lg skali :p ustaz yg fasih berbahasa arab setelah bermastautin di Mekah hampir 9thn. best kan? sejuk perut ibu mengandung. anyway, hampir sejam menanti, akhirnye bas sampai dan kami pon mula bergerak dari jeddah-madinah. wit not so efficient a/c, i was awake all the way. we stopped by this rnr area after abt 4 hours, were given packed food to eat (makan jugak dlm penat2 ngantuk2 tu) and then continued our journey.
i fell asleep for a while and woke up when ustaz syarip woke us up. he told us that we were then already at the border of tanah Madinah. from afar we cud see the lights of the great Masid Nabawi. led by him, we said the doa for entering Madinah, with selawat etc. Subhanallah, perasaan yg sukar digambarkan. seolah-olah benar2 sedang menuju berjumpa dgn Rasulullah! itu adalah tangisan pertama ku sepajang 2 minggu trip tu.. the beginning of many more after that. mcm x percaya ape yg aku impikan, yg x sampai 6 bulan dirancang benar2 jd kenyataan. semuanya secara kebetulan. we finally arrived at our hotel, right in the center of Madinah, abt 150mtrs from Masjid Nabawi around 6.20am. It was almost insyraq, so we rushed to our rooms to perform Subuh.
waktu ni ade la kecoh2 sket, pasal problem rooming list. ade sikit x puas hati sbb kami diletak berpecah-pecah.
sabar je sgt waktu ni...byk bermuhasabah biler observe cara org sekeliling handle emosi waktu ni. maybe hikmahnye sbb aku antara yg 'muda' jugak, ustaz tour leader yg handle kami dari kl tu kira org tua2 la so secara x langsung cam respect kat dia. tak sampai hati nak argue sgt.
anyway akhirnye semuanya setel gak akhirnye..masing2 take time mandi, freshen up.
despite not having proper sleep/rest for more than 24hours, waktu ni hati dah melonjak-lonjak nak gi Masjid Nabawi yg jaraknya jalan kaki 5 menet je dr hotel.
mulanya ingat Maklang (tetiba drpd makcik dah jadik maklang plak haha, layankan aje)nak rest2 dulu, tp Alhamdulillah lps je mandi tu dia ajak siap2 ke masjid. gi iktikaf sambil tunggu Zuhur, waktu tu maybe around 10am. subuh masuk around 11.50am.
Alhamdulillah sampai gak hajat nak cpt2 ke Masjid Nabawi, sbb waktu tu rase mcm x sabar dah. knowing that dah dkt sgt tp lom nampak lg depan mata.
So, the moment of truth.
Berjalan keluar daripada hotel, cross je jalan, ke depan sket je dah sampai ke dataran jam Masjin Nabawi. Tarik nafas dalam2 waktu tu.
Tak sampai 5 menet je jalan dr hotel, tersergam indah masjid yg pernah aku mimpikan dulu. bila masuk je masjid ni dlm kotak mata, terus teringat mimpi yg dulu tuh.
dah sampai ke dataran masjid, jauh pulak nak ke pintu masuk utk perempuan.
di masjid ni pulak, setiap seorg perempuan yg masuk dgn membawa bag akan dicheck oleh guard. guard nye pon perempuan la jugak. amek x kasik can. sumer kena check. dlm byk2 manusia tu, guard nye seorg dua jek, tp mampu jugak diorg nak kontrol sampai mcm tu.
pertama kali masuk masjid, perasaan sebak serta merta.
terus cari tempat, agak ke hadapan.
dimulakan dgn tahiyatul masjid, diikuti dgn solat2 sunat yg lain - taubat, hajat etc.
sujud yg pertama betul2 rase insaf dan kerdil.
betul2 rase dekat dgn Allah, dan pada masa yg sama takut sekiranya ibadat2 sebelum ni jugak yg bakal dibuat di tanah suci dan seterusnya x diterima Allah.
bila satu persatu dosa silap bermain dalam ruang hati, air mata mmg tak tertahan. air mata bukan pengukur pada taubat dan kesedaran yg datang waktu tu, tp betul2 membantu utk rasa rendah diri dan rasa dekat dgn Dia.
Sungguh terharu jugak membayangkan waktu tu bersolat di dalam masjid di mana bermakamnya Rasulullah S.A.W.
Yakin, dan buat sebaiknya. selebihnye tawakal dgn hidayah dan belas kasihan Allah. InsyaAllah, ibadah dan doa kita diterima.
itu pengajaran yg aku dpt di akhirnya.
Di sini lah benar2 bermula kembara menyuci jiwa, 2 minggu di Madinah dan Mekah in total.
..di dataran masjid nabawi, pegang telekung sbb angin kuat time ni :p
ini lah teman2 kembara ku - maklang dan makngah (dari kiri)
sebahagian Masjid Nabawi, di bawah kubah hijau itulah bersemadinya Rasulullah bersama 3 sahabat baginda.
*gambar credit to pakngah*
Labels: travelling, umrah
10:30 AM
0 friends sharing their thots
Part 3: Nabawi dan Raudah
We were in Madinah only for 3 days 2 nights. actually 2 days jek la kiranya. terasa pendek, tp sebenarnye cukup utk menyediakan diri, masuk gear 1 dan 2 lah kiranya.
rutin kami bermula seawal 3.30 pagi for subuh..amazingly buleh pulakla bgn hari2 gi masjid. excited nak selalu ke masjid, duduk selama mungkin, sentiasa rasa takut x cukup spend masa dlm masjid.
Masjid Nabawi ni bianaan mmg sgt indah dan besar. nak berjalan dari hujung ke hujung tu lagi jauh drpd nak balik ke hotel rasenye huhu..bersolat dan beribadat yg lain di dalamnya tak terasa penat, sejuk je. masuk2 je masjid bersusun tong2 air zam zam, minumlah sebyk mane yg perlu.
biler dah dekat waktu solat mmg ramai org berebut tempat, tp kami sort of dah ade tempat favourite kami sendiri. selalunye maklang dan makngah suka dkt2 ngan tiang, sbb senang dekat dgn rak Al-Quran. aku plak x kisah sgt, sbb prefer baca Quran yg aku bawak sendiri ke mana2.
target sepanjang umrah ni nak abeskan baca 30 juzuk...berjaya ke tidak ye?
 |
| Masjid Nabawi - the umbrellas open condition :p |
 |
| Masjid Nabawi - the umbrellas closed condition ~ |
Masjid Nabawi juga sinonim dgn 'raudah'.
Secara bahasa, “Raudhah” berarti taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang banyak dimasuki jamaah untuk memanjatkan doa. Ia terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah.
Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 m . Luasnya yang hanya 144 meter persegi tak sebanding dengan jutaan jamaah yang berebut ingin masuk ke sana.
Jamaah haji atau umrah yang berada di Madinah, biasanya akan menyempatkan berdoa di Raudhah. Tempat ini tak pernah sepi, menjadi tempat yang paling afdhal untuk memanjatkan doa.
Seperti sabda Rasulullah Saw, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga” (HR. Bukhari no. 1196)
Satu area di dalam masjid yang dinamakan Raudhah ini ditandai tiang-tiang putih dengan ornamen kaligrafi yang khas dan juga karpet warna hijau yang menutup lantainya. Warna karpet ini berbeza dengan warna karpet Masjid Nabawi yang semuanya berwarna merah.
Di kawasan ini juga terletaknya maqam junjungan besar kita, Rasulullah saw, juga dua sahabat besar, Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A.
ok, so asalnye kawasan raudah yg merupakan salah satu tempat paling mustajab berdoa di tanah haram Madinah ni sememang kecik jek.
pulak tu untuk perempuan ianya hanya dibuka sebahagian yg sgt2 kecil, itu pon cuma pada masa2 tertentu.
so yg betul2 susah nak masuk adalah jemaah wanita la ekceli.
aku pon from day 1 kat Madinah ni dah simpan angan2 nak masuk raudah. dpt solat sunat mutlak 2 rakaat dan berdoa yg penting2 jadik la..siang hari pertama tu dah dgr citer makcik2 lain dah dpt masuk.
ermm..kata maklang dan makngah, ramai org mcm mane nak masuk.
ermm ikutkan hati mmg nak gamble shj tp aku sabarkan jugak la awal2 tu..
hari ke-2 malam, barulah makcik2 ni tersedar yg esoknya kami ade ziarah luar, lps tu dah nak balik so maknenye x byk masa yg kami ade utk 'cuba' masuk raudah.
so malam tu lps isya, kami balik utk dinner - asalnye ingat nak teruskan misi slps dinner terus tp mcm takde tenaga pulak, so kami pon makan dulu.
lps makan br return ke masjid. kebetulan pulak jumpe ustaz syarip kat lobi hotel, so dia pon bawakla kami - aku, maklang, makngah dan 2 org lagi makcik room mates aku dan maklang.
ustaz cuma bleh tunjuk pintu masuk sbb pintu lelaki dan perempuan berasingan.
dari jauh aku dah rase berdebar-debar, mulut x henti berselawat, beristighfar..ape shj yg teringat masa tu.
masuk ke dalam masjid, kami terus menuju ke bhgn dpn masjid yg biasenye ditutup utk wanita.
jauh jugak nak ke raudah ni rupanya...
after jalan dalam 7 mins, tetiba dah nampak sgtlaaaah ramai manusia berpusu-pusu, berkumpul kat satu area ni.
sgt ramai manusia tgh menunggu giliran untuk masuk dalam kawasan seluas maybe 2x size bilik tidur aku jek.
Ya Allah rasa cam nak menangis time tu. Boleh ke nak masuk? waktu tu aku pon dah x nampak makcik2 tu. dah terpisah. takpelah tawakal jek.
ade yg duduk ade yg berdiri..aku join org2 yg duduk, ikut arahan guard2 kat situ - diorg kenal org malaysia dan indon, suruh kami duduk dan sabar.
tak keruan gak waktu tu tgk mcm2 gelagat manusia. takut tgk org lain esp.golongan dari negara2 arab ni berebut, bertolakan nak masuk. diorg kan besar2 kan..aku yg kira besar ni pon kalau kena tolak komfem jatuh. sbb tu x berani nak berebut la.kami yg duduk ni enjak sikit2..after dekat sejam gitu dah sampai ke depan jugak la, tetiba aku perasan ade sorg guard ni soh duduk kat one side ni, mcm diorg nak bukak jalan kat situ, so aku pon follow lah. tiba2 jek macam sumer org bgn dan berpusu masuk. dgn subconciousnye aku pon ikut sama meluru masuk. berlari la jugak sbb kalau berjalan silap2 boleh kena hempap! waktu ni aku dok imagine, camne lah makcik2 td tu. risau jugak.
sampai ke dpn, sangkut lagi x dpt nak masuk betul2 dalam kawasan raudah. dari belakang boleh nampak betapa padat dan kecohnya suasana dalam raudah tu! mcm mane lah nak solat agaknye.
but somehow..Alhamdulillah berjaya jugak masuk. bukanlah kawasan yg paling dpn, sbb aku pon sorg2 takde kawan nak sama2 ke depan dan saling bergilir utk bersolat.
dapat satu ruang utk berdiri di celah2 ramai manusia tu tp mulanya x konfiden nak solat. x konfiden nak sujud. takut di hempap or dipijak. tp lps tu tawakal je, solat mcm biase. kept it simple and easy.
keselamatan diri pon kena jaga jugak i thot.
amazingly dalam suasana keliling yg kelam kabut tu, solat mutlak 2 rakaat terasa sgt 'tenang'. waktu tu membayangkan yg mungkin itulah peluang terakhir nak solat ke situ, so tried my best to make use of the chance.
tapi x berlama-lama pon..habis solat dan berdoa, terus keluar.
sepanjang berjalan keluar dari raudah dan masjid diiringin lagi dgn salawat dan zikir. rase sgt lega, walaupon penat.
terus menuju ke tpt pertemuan yg dijanjikan, maklang n makngah dah menunggu. rupanye mereka yg lain x berjaya masuk malam tu.
hmm..honestly aku rase mmg tak berapa selamat utk makcik2 tu. makcik2 arab lain lah, besar2 dan ganas2..huhu..
malam itu tidur sgt lena, sbb kepenatan.
bersambung esoknya dgn aktiviti ziarah luar, sekitar kawasan Madinah.
 |
| tiang2 putih ni lah yg membezakan kawasan raudah dgn bhgn lain masjid *pic credit to google images* |
Labels: travelling, umrah
10:00 AM
2 friends sharing their thots
Tuesday, August 30, 2011
step1 - minta izin ~
Alhamdulillah. sambil sembang2 hal2 biase, sempat selitkan soal niat nak ke umrah pada abah. dia cuma senyum, x kata ape2, mmg abah yg biase bila aku ckp nak buat ape2 atau ke mana2. bila ditanye lagi "boleh x bah?" dia seyum jek. purpose aku bring up the subject is mmg utk dapatkan izin. salah satu syarat bagi wanita adalah mendapat izin suami atau mahram terdekat..asalnye ade sedikit kemusykilan esp. bila baca2 yg x bukan setakat ade izin, tp kena ade mahram skali bersama-sama semasa pergi, x boleh guna mahram 'angkat' or mahram atas paper mcm yg kebanyakan agents arrange utk cases mcm ni..tp instinct ketika ni, based on experience kawan2 and advise a few ppl, kuat menyatakan yg penting first of all is izin abah, soal mahram aturan dan iqaat tu aku tawakal dan redha. niat pergi utk beribadat dan berjuang, sama mcm time pergi jepun dulu, insyaAllah Allah Maha pengasih dan penyayang. ..niat tiba2 sgt kuat utk pergi dlm tahun dpn, kalau ade rezeki, niat jugak utk bawak mak abah ke sana, utk haji/umrah jika diizinkan in the future..buat masa ni mohon sgt2 diberi peluang utk ke sana dahulu..so step 1, soal izin insyaAllah settled. walaupon agak risau memikirkan nak pergi ngan sape kah, tp kalau bleh nak put that subject aside dulu. insyaAllah ada lah a few possibilities, tp aku xnak plan terlalu awal and getting my hopes too high. soalnye skang is soal rezeki dan jemputan Allah, kalau rezeki secepat awal tahun dlm Alhamdulillah. kalau lmbt sket dlm akhir thn tu mungkin rezeki nak bersama dgn bestfriend ke sana.. kalau dilambatkan lagi dari itu pon, itu soal izin dan rezeki -Nya jugak la. redha gak insyaAllah, itu maknanye belum cukup bersedia lagi...sambil2 wat survey secara 'fizikal' and 'material', hopefully ade kekuatan dan semangat utk berubah kepada yg lebih baik ke arah mendekatkan diri dgn Allah sblm layak menjadi tetamuNya bila sampai masa..walaupon asalnya niat yg datang itu 'kikkake' (=punca?) nya is to get the chance utk berdoa yg mustajab utk beberapa perkara dlm hidup, tp beberapa hari ni dpt kesedaran-thanx to the book 'Travelog Haji mengubah sempadan iman' - that walaupon dijanjikan berdoa di sana sgt afdhal dan mustajab, tp lebih penting lagi is niat utk beribadat kepada Allah pada level yg lebih istimewa dan tinggi drpd biasa..doa sudah semestinya tp first thing first is cabaran uk membetulkan niat ke Mekah demi ibadah, bukan kerana mengharapkan balasan, tp lebih utk beribadat dan mencapai ketenangan hati. aku selalu ckp yg sempena umur genap 30 next year, teringin nka pergi smwhere yg best n special. entah kenape x pernah terfikir nak buat umrah tp dok x abes2 fikir destinasi x abes2, idea satu pon x dpt. tp sejak timbul niat ni; rase mcm it finally makes sense. inilah destinasi terbaik dan istimewa. menghabiskan bacaan buku Travelog Haji memberikan byk pengajaran sambil menimbulkan jugak byk persoalan..at some points terasa sebak dada insaf dgn kekurangan diri dan risau gak kalau2 x dpt bersedia dgn baik atau worst, x dpt keizinanNya menunaikan..slowly kena buat byk perubahan positif pd diri. in the end ultimately, harap suatu hari dpt menunaikan rukun Islam ke-5 pulak dgn membawa parents skali, tp naluri mengatakan ini yg termampu utk diharap dan dicapai dlm masa yg tidak terlampau lama dan tidak terbeban rasa..Amin.
Labels: monolog diri, umrah
10:49 PM
2 friends sharing their thots