sitting, waiting and wishing

Wednesday, June 25, 2014

Pujuk hati

Dugaan hati dan perasaan yg kerap datang.
Terpulang pada diri sendiri utk respon pada dugaan2 ni secara positif atau negatif.
Bila dugaan itu lebih mendekatkan diri pada Allah, alhamdulillah.
Tapi jika difikirkan, tak sepatutnya nak diduga baru nak dekatkan diri padaNya. Itu conditional namanya.
Cinta manusia pada Allah, selayaknya melebihi segala galanya.

2-3 hari ni dada terasa sesak dgn pelbagai persoalan dan kemungkinan.
Tidak terelak drpd mempersoalkan, kenapa?
Kenapa perlu bertaut hati ini andai itu bukan takdir ku? Kenapa seringkali juga tatkala hubungan  bermula, ada pula yg dtg dari tepi?
Kenapa begitu mudah aku memberi sedangkan begitu payah pula utk menerima?
Adakah getaran rasa ini cinta? Atau sekadar kehendak nafsu semata yg didorong syaitan?
Kenapa orang gemar bermain tarik tali drpd berterus terang dari awal lagi?

Persoalan demi persoalan...bila ku duduk berfikir secara rasional, nyata jawapannya hanya satu.
Ajal, rezeki, jodoh itu semua ketentuan Aillah..
perjalan hidup yg dilalui memberi peluang pada kita utk belajar, kdg2 melalui kesenangan kdg2 melalui kepayahan. Melalui kesilapan.
Apa yg kita mahu, x semestinya terbaik pda masa itu.

Sedih mmg sedih. Menangis lah mengalir air mata sepuasnya, simpan yg baik2 dan manis2, dan buang yg pahit jauh2.
Hidup perlu diteruskan.
Masa depan yg menanti masih ada sinar cahaya yg harus ditempuh.

Yakin yg sudah tertulis di loh mahfuz, insan yg bakal menjadi imam ku.
Dia ada di luar sana, mungkin telah kukenal, mungkin juga langkah kami masih belum bersilang.
Rahsia Allah, yg masih belum terungkai buatku.

Namun jika bukan di dunia, bertemulah di syurga kelak.

Ya Allah.
Hapuskanlah keluh kesah ini.
Hapuskanlah kesedihan hati...
Keraskan lah hati ku
Lembut kan lah naluri ku
Berikanlah cahaya pada riak wajah dan semangatku
Agar cepat berlalu awan kelabu
Menjemput langit biru.

12:52 PM

0 friends sharing their thots

0 Comments:

Post a Comment