sitting, waiting and wishing

Wednesday, December 12, 2012

Takut.

Everyday tgk org lain excited berebut balik on time bila abes office hour.. kadang2 aku cemburu. Bukan, memang selalunya aku cemburu.Mereka pulang bertemu suami/isteri&anak2 tercinta..mereka pulang memikul pula rutin dan tanggungjawab lebih besar sebagai dalam keluarga.

Sedang diri sendiri x berapa nak ade perasaan.
nothing to look forward to. Pada zahirnya semua untuk diri sendiri.
I can only cook sometimes. I can bake sometimes..sudah jemu membazir makanan ke dalam tong sampah sebab aku selalu gagal merancang dgn bijak. Sedih setiap kali terpaksa membuang nasi yg basi, kalau di rumah family jarang sekali ada nasi tak termakan...mesti habis makan keliling meja.
Setiap kali masak aku akan masak untuk dua org, ye lah duduk berhousemate, walaupon kami bukan berkongsi bahan makan, tp dah rase mcm adab. Lgpon, bila sekali skala hsemate masak kdg2 dia masak jugak aku aku skali. Cuma sbb kekerapan aku masak yg lebih kerap, tp jadual dan habit pemakanan yg tak sama, akibatnye end up hanya makan sendiri.
Aku pernah cuba last few weeks, masak utk dua kali makan, kemudian bawa bekal ke office - actually agak flexible. Tapi ia bermaksud bukan sahaja makan seorg di rumah  kat office pon makan sorg.. itu yg aku x berapa suka.
sbb tu lps seminggu bereksperimen, aku stop.
Now back to normal.
Tapi dalam 2-3 minggu lagi, bolehla aku adopt balik method masak dan bawa bekal tu. Untuk bulan2 yg seterusnya..jimat pon jimat. Ok juga.

Kadang2 ada yg mengusik, untung siapa dapat, pandai masak. Aku selalu terima sengih je, but deep inside aku rasa itu karut. Dari perspektif aku, untung perempuan yg x pandai masak tapi ada org nak!
zaman sekarang, kedai berlambak kalau pon dapur x berasap. Lgpon memasak bukanlah rocket science yg perlu degree atau phd. Siape pon boleh belajar bila sudah dtg keperluannya.
Cuma aku sudah dibiasakan masuk dapur sejak sekolah rendah, dan dikelilingi mak dan makcik2 yg semuanya hebat memasak. Memang malu kalau x pandai masak pada umur ni!
Yang jelas, mana ade lelaki zaman ni yg menilai bakal isteri pada sejuk atau panas tangannya? Kalau ada mungkin seciput seorang dua.

Ada kesedaran lately untuk lebihkan solat dan mengaji since i have so much time tp kadang dalam solat dan mengaji tu pon, i have to stop when it becomes too overwhelming that i end up crying.
Macam kata Wardina dalam satu artikel, manusia yg lemah selain berserah pada Allah, perlu berada dalam jemaah. Menyendiri mengundang suara2 sumbang syaitan dalam hati. Terlalu mudah kembali pada fitrah asal yg goyah bila tak berteman. Berjemaah menguatkan semangat jiwa.

Teringat waktu kat Mekah buat umrah, selain drpd waktu dlm ihram menjalankan umrah yg memang aku berpimpin dgn teman umrahku, waktu2 lain kebanyakan masanya aku menyendiri mencari saf dan tempat beriktikaf di masjid, even tawaf2 sunat pon ku lakukan sendiri, tapi aku tak rasa berseorangan. Jemaah yg ramai menghilangkan rasa sunyi. Walaupon hampir diperdaya kumpulan2 yg cuba mengambil kesempatan sekali dua.
Pengalaman ditegur orang yg tak dikenali bertanyakan hukum tajwid, seolah2 menguji ilmu dalam diri. Di kala kesedihan menahan perasaan tiada pelindung kala mencuba nasib bersolat di dalam hijr ismail, ada hamba Allah yg tak dikenali mendepangkan tangan buatku, mengepungku solat  hingga berjujuran air mata di dalam solat - syukur dan rasa dilindungi. Kemudiaannye dalam jemaah yg bersesak sesak dan teramat ramai, dipermudahkan mencium hajar aswad seolah ade saudara yg membantu dari belakang.
Betapa besar hikmah jemaah. Memberi semangat pada jiwa, walau zahirnya bersendirian.
Mungkin sebab itu aku takut untuk pulang pada 4 dinding yg sering buat aku rase seorang.

Sepatutnya bila kita dekat dgn Allah, kita tak akan rasa sunyi walaupun kita seorang.
Mungkin aku belum cukup dekat padaNya. Aku masih hanya seorg manusia yg cukup lemah dan normal. Zahir nampak kuat dan selamba, sedang di dalam masih bergolak memberontak.

Suatu masa nanti, insyaAllah.
Moga aku berserah dan redha, bukan pasrah dan terpaksa.

7:43 PM

0 friends sharing their thots

0 Comments:

Post a Comment