sitting, waiting and wishing

Tuesday, November 13, 2012

Matlamat dan impian.

Sama mcm kebanyakan orang lain, aku ada banyak matlamat dalam hidup..
walaupun matlamat akhirnya adalah mati, aku tetap wajib hidup
sudah tentu ada sebabnya manusia dijadikan untuk hidup sebelum mati..

Dan seperti juga yg lain, matlamat dan impian  hidup aku bukanla terlalu istimewa atau hebat,
Semuanya perkara biasa yg sama dengan kebanyakan orang lain.

Aku tak mengharapkan pekerjaan hebat sebagai CEO some big company, cukup pekerjaan yang memberi aku tanggungjawab dan kepuasan yang setimpal, dan kerana aku ini perlu hidup dalam dunia yang serba mahal dan mencabar, cukup andai pekerjaan itu memenuhi keperluan material.

Aku tak mgharapkan rumah besar ala banglo bak dalam drama2 melayu yang tak masuk akal, cukup rumah sederhana yang selesa yang di dalamnya ada sebuah keluarga di mana aku adalah isteri dan ibu.
Rumah yang bukan sekadar binaan tiang dan lantai, tapi rumah yang aku panggil 'home' instead of 'house'.

Aku tak mengharapkan suami yang perfect handsome, bijak, kaya dan romantik!
cukuplah suami yg bisa menjadi teman suka dan duka, suami yang menjadi guru dan pendengar setia, suami yang menjadi sahabat sama-sama belajar ilmu dunia dan akhirat. Suami yang penyayang, setia dan bertanggungjawab. Suami yang sama-sama merealisasikan impian rumahku dia dunia dan syurgaku di akhirat.

Aku tak mengharapkan anak2 genius yang luar biasa umpama adi putra.
Kala ini seorang anak pon mungkin cukup, anak yang akan kutatang minyak yang penuh. Anak yang sempurna sifat dan akalnya, mendengar kata dan bertanggunjawab sifatnya. Anak sebagai memenuhi nurani aku seorang manusia dan perempuan...

Aku tak mengharapkan keluargaku kaya raya terkenal. Cukup keluargaku bahagia dan sihat sentiasa.
Aku bersyukur kala ini masih punya ibu dan ayah.
Aku sedar matlamat hidup aku yang masih belum sempurna, menyenangkan dan membahagiakan mereka lebih daripada seadanya, walau aku tahu bukan itu keinginan mereka.
Ampunkan aku wahai ibu dan ayah.
Anak ini bukan anak yang sempurna...

Dalam ketidaksempurnaan, impian-impian ku masih jauh tercicir..
banyak yang uncertain, dan aku umpama berlawan dengan masa.
mungkin kerana banyak yang aku tak pasti akhirnya, aku begitu lemah melawan dugaan dunia.
The last 10 years, hidupku yang pasti hanya belajar dan kerja.
aku penuhi tanggunjawab belajar dengan baik walau bukan terbaik.
Kemuadian aku dambakan masa dan tenaga untuk kerja.
bukan, lebih dari itu.
aku berikan jiwa dan raga.

Seringkali aku merasa tercicir daripada sahabat2..yang seorang demi seorang maju dalam hidup, membina impian dan kenangan.impian yang tak jauh bezanya daripada impian2 ku tadi..
Aku tanya diri apa yg membezakan aku dan mereka? Apa yang mereka buat dan aku tidak?
Apa yang mereka ada dan aku tidak?
apa yang mereka lihat dan aku buta?
Mudah menjadi rendah diri, walau di luar aku nampak gagah.

Dalam mencari jodoh, bukan aku tak usaha seperti kata orang, jodoh walau sudah ada takdirnya, tak datang bergolek
doa dan tawakal tak pernah putus.
Pada suatu masa memang aku pernah berusaha, pernah keluar daripada kepompong diri sendiri yang biasanya pemalu dan penyegan.
tapi aku sedar usahaku mungkin tak sempurna, usahaku mungkin tak seperti yang dituntut.
Jadi pada masa ini aku berhenti. Berhenti menyukai dan memerhati manusia bernama lelaki.
biar suatu hari ia datang sendiri.
bukan berputus asa..tapi berserah dan redha pada ketentuan Ilahi. Usahaku hanya untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi agama dan keluarga.
mungkin itu ubatnya.

Tapi aku lemah  aku sentiasa takut dengan kemungkinan dan masa.
aku tidak sabar menanti sampai masa semuanya..aku takut akat tamat tempoh masa ku di sini..
Aku lemah bila aku kesusahan, aku lemah bila aku jatuh.
aku biasa sendiri tapi hakikatnya aku takut sendiri..

Ada masa aku pernah menenangkan hati, biarlah kalau aku tak punya apa2, usahalah pada yang ada di depan mata. Mungkin sebab itu aku bekerja unpama itulah dunia. Aku bekerja jiwa dan raga. Sekurang kurangnya andai aku ditakdirkan tak punya anak dan suami, kerja itu jadi teman hidup. Aku jadikan tokoh2 wanita yg hebat dalam kerjaya mereka sumber inspirasi. Biar hidup sendiri, mereka bebas dengan material dan masa. Ada duit semua jadi bak kata manusia.
boleh aku bawa emak dan abah serata dunia, mereka lah peneman setia.
tapi sempatkah aku?

Hakikatnya aku sedih dan kecewa yang amat sangat setiap kali cabaran kerja datang. Macam yg sedang aku alami sekarang.
Aku geram melihat orang lain ke sana sini bergelak ketawa, sedang aku rasa aku lebih bertungkus lumus bekerja tapi tak ke mana2. Aku geram melalui hari hari kerja umpama baru setahun dua..
aku geram dengan boss yang coward tak punya kuasa menegakkan yang  dik dan hak tapi ada hati mengharap aku bekerja macam pekerja contoh.
aku penat menyimpan kecewa, hakikatnya bukan mudah membuat orang lain faham dengan keadaan. Mudah kalau aku jenis yang tak peduli. Tapi aku manusia yg passionate. I do things passionately. Even work.
Sebab itulah antara satu matlamat hidup aku yang sedang on going.
Sedang matlamat yang lain aku langsung tidak pasti.
setiap hari aku berazam untuk menjadi lebih baik, setiap tahun aku berangan dan berdoa semoga tahun itu menjadi lebih bahagia buat aku.
Setiap akhir tahun aku membayangkan insyaAllah tahun dpn aku akan bertemu seseorang dan hidup akan berubah. Aku sentiasa berazam memperkukuhkan kewanganku agar andai bertemu orangnya aku tak akan menyusahkan emak abah dan keluarga. Agar aku tak perlu mengumpul masa pula..
Aku membayangkan dalam rutin kehidupan yang predictable, dalam aku hari2 berjumpa orang yang sama saja, akan datang satu hari aku ditemukan dengan seseorang, mungkin di kedai kopi, mungkin ketika bertravel, mungkin ketika shopping groceries..
aku membayangkan ketika ini ada seorg hamba Allah yang juga sedang mencari cari...
aku membayangkan seseorang yang seperti aku tidak mahu bercinta di luar nikah, tapi biar terus bercinta yang halal.

seperti kata Prof.Dr Muhaya, dalam berjuta manusia, kita mencari seorang sahaja. Kebetulan itu hampir mustahil. Semestinya seorang itu adalah sangat spesifik dan customized untuk kita. Dan kuasa Allah lah yang ultimate dalam urusan itu.

Aku sedar walau aku bukan mengharapkan seorang ustaz, aku wajib mengharapkan seorang imam. Bukan imam di masjid, cukup imam di rumah. Dan orang yg biasa menjadi imam, walau tidak mengharapkan ustazah, pasti mencari yang biasa menjadi makmumah.

Cuba berfikir positif dan membuang rasa rendah diri, aku cuba yakin bahawa Allah sedang memberi aku masa dan ruang untuk memperbaiki diri, membersihkan hati.
Supaya aku bertemu dengan seorang yg juga lebih baik daripada mereka yang aku temui sebelum ini.

Menangis antara cara aku melepaskan kecewa. Walau kadang kadang aku penat dan sakit dada melayannya.
tapi aku menangis kerana itu lebih mudah daripada mengeluarkan kata kata dan membuatkan orang lain mengerti.
Aku menangis mengumpul kekuatan menepis rasa rendah diri dan berazam untuk jadi lebih bahagia.

seperti kata seorang teman, biarkan kekecewaan ini berlalu dengan masa, semoga hikmahnya nanti lebih manis dan membahagiakan.

11:46 AM

1 friends sharing their thots

1 Comments:

Salam.. jln2 trjmpa blog sis.. posting 3 thn lps.. smga sis broleh kbhgiaan yg d impikn.. kisah sis n pnglman yg dcoretkn serupa dgn apa yg sy hadapi skrg.. smga kta sama2 tabah mngharungi liku khdupan..

By Anonymous Anonymous, at July 25, 2015 at 11:23 AM  

Post a Comment