sitting, waiting and wishing

Thursday, October 4, 2012

Penghuni kecik syurga

Layan ikim.fm sambil drive balik..time maghrib mmg biase repeat motivasi pg..best selalunye,short and sweet.
topik hr ni pon menarik, kebahagian mempunyai anak2 di dunia. Ustaz tu bagi contoh2 ayat alQuran n hadis2 yg menunjukka  betapa besar hilmah anak2 pd manusia, khasnya pada ibu bapa.
Betapa mereka itu penghuni2 kecil syurga..pernah dgr org kata, wanginye bau bayi baru lahir sbb itu bau syurga. Subhanallah. Salah satu sebab kenapa aku suka tgk baby. Mmg bau dia best sgt.
Betapa juga Allah tangguhkan menurunkan bala pada manusia atas segala maksiat, kerana adanya golongan2 suci murni antaranya anak2 yg masih menyusu daripada ibunya.
org selalu kata anak itu rahmat, inilah maksud rahmat tu.

Macam jugak mendengar atau membaca kelebihan2 dan ganjaran2 buat isteri2, mendengar kelebihan2 dan ganjaran2 melahirkan dan membesarkan anak, juga tanpa rela terasa cemburu dgn org lain. Terasa sedih dan ketinggalan.
tapi mcm ustaz tu ckp, semua itu kerja Allah.
Ada yg melahirkan anak perempuan belaka, anak lelaki belaka atau berselang seli..malah ada yg kembar. Ada yg ramai anak ada juga yg berkahwin 40 thn pon x dpt anak walau seorg. Maka ada jugak yg tak melahirknn anak kerana tidak bertemu jodohnya. Semua kerja Allah.
Astaghfirullah..tp hati masih jua sebak.
Tiba2 ustaz tu kata, bagi mereka yg mendengar tp masih belum punyai anak, atau yg masih menanti-nanti siapalah bakal suami si pembimbing nanti, jgn kecik hati. Allah Maha Mengetahui. InsyaAllah yg mendengar ni insyaAllah akan cpt2 sampai jodohnya amiin.

Sebak tapi redha. Sejuk hati. Terasa betul2 didoakan walaupon doa ustaz tu general utk semua org.

Kadang2 aku rase yg aku x kisah tak temui jodoh, asalkan aku dapat peluang membesarkan anak. Biar anak angkat sekalipon.
Tp mungkin niat itu silap. Naluri itu wajar. Tp lebih wajar lagi anak itu datang selepas kahwin, dan lebih wajar lagi anak itu ada ayah dan ummi. Apa hak aku untuk meletakkan seorg anak pada kesedihan x ber ayah?
Tp kalau Allah berikan hak itu,  juga tak salah.

Cuma mungkin niat mcm tu x boleh jd fokus. Niat perlu lebih pada berkahwin. Dan untuk itu fokus perlu lebih pada menjadi lebih baik..kalau tiba jodoh suatu hari Alhamdulillah, kalau tak pon its ok. InsyaAllah akan jumpe di syurga Allah.
Sbb tu kena berusaha utk jd lebih bertakwa dan muslimah yg baik..supaya kelak jadi ketua bidadari di syurga pendamping jodoh di sana.
malah x akan tua tp bersama bahagia selamanya.
It all makes perfect sense. Jumpa tetap jumpa, cuma lama 'sikit' la. Jumpa kat sana.

9:09 PM

1 friends sharing their thots

1 Comments:

hugs, dear.

insya allah jodoh akan sampai. and then disusuli dgn anak ;)

By Anonymous amal, at October 5, 2012 at 10:22 AM  

Post a Comment