sitting, waiting and wishing

Friday, October 26, 2012

Nisbah lelaki:wanita?

...asalnye ade org share artikel yg kuar paper beberapa hari lepas - pasal kenyataan Jakim suami nak berpoligami X perlu izin isteri.
Memang senang bercakap, supaya isteri2 redha dan berlapang dada, istilah 'payung emas' sering jadi senjata. Dan dah memang poligami tu halal, tapi soalannya kenapa berpoligami dan mampukah adil sepenuhnyasi suami tu?
Idealnya ada yg bijak dan berjaya dalam berpoligami, tapi x kurang jugak yg menyebabkan keluarga teraniaya;;;;;;; dan berpecah belah.

kalau seorang isteri pon kebanyakannya perlu bekerja suami isteri nak tampung anak2, segan ke tak segan nak apply berpoligami tu-sbb walaupon x perlu izin isteri, still kena dpt kebenaran hakim, which kebanyakannya mengikut budi bicara nya akan panggil gak isteri.

Kalau nak cakap ngan isteri pasal hasrat nak kahwin satu lagi pon takut2, terpaksa bersembunyi di sebalik mahkamah dan hakim, mungkin suami tu patut tanye diri sendiri lg skali betul sanggup ke nak beristeri dua, tiga atau empat.

Pendapat peribadi?
Poligami itu halal. Berdosa untuk sesiapa mengharamkannya, suka atau tidak. It may be all women's nightmare, or most. But hakikatnya seramai mane wanita yg tak suka, seramai itu jugaklah yang sanggup jadi no.2, 3 dan 4.
Pandangan dan pendirian manusia selalunya berubah-berubah mengikut kedudukan dirinya.
Bila dah terlanjur bercinta dengan suami orang, pendirian yang suatu masa dahulu menjurus kepada tak mau berkongsi kasih pon boleh tiba2 bertukar jadi "saya redha.."
bagi isteri pulak, mau tak rasa sedih. Mungkin rasa mcm end of the world. Tapi betul ke end of the world? Hakikatnya memang wanita sekarang x bleh bergantung 100% pada suami. Baik dari segi emosi mahupun kewangan.
Hakikatnya memang lelaki itu dijadikan Allah sifatnya boleh membahagikan kasih. Bagi diorg ni somehow kasih mereka tu tak berkurang walaupon dibahagi-bahagikan. Bab ni, hands up mmg kita x boleh faham.
Dalam paksa, dan insyaAllah lama2 jadi redha mungkin wanita2 yg ditakdirkan berkongsi ni perlu terima sebagai satu petunjuk, untuj lebih mencintai yang Maha Esa. Thats right, its not the end of the world. Kalau hidup dunia dan akhirat ditujukan untukNya, lebih daripada untuk suami, it may make it a little easier.
Sakit mesti sakit, tak terbayang apatah lagi untuk saya yang belum pon berumahtangga - tapi logik akal memikirkan, sakit itu insyaAllah akan dibalas Allah setimpalnya.
Allah bagi masa yg lebih untuk wanita2 ni beribadah dan berehat bila masa bukan giliran suami.
Idealnya! Pandai bercakap sebab bukan sendiri kena, tp mmg betul pon kan?

Tapi itu tak bermakna saya rasa wanita patut mengikut sahaja tanpa memikitkan perasaan diri sendiri langsung. Redha itu penting, kalau hati x mampu redha, sampai bila nak berdosa menyimpan marah dan dendam pada suami? Untuk anak2? Anak- anak itu kebahagiaan rumahtangga, tapi perkahwinan tu bukankah asalnya antara suami dan isteri? Beberapa tahun dulu pernah ada sahabat yg mengadu  bila suaminya ada teman baru dan menyebut nak kahwin satu lagi. Pendapat diminta - saya rasa tak adil nak suruh dia sabar untuk anak2. Sy katakan sabar lah untuk diri sendiri, kalau redha dan masih cintakan suami.
Sebab kalau dia termasuk dalam kumpulan berpoligami, bukan sikit cabarannya. Tak adil untuk dia paksa diri untuk anak2.
Hakikatnya, walaupon dibenci Allah, cerai itu wujud sebagai last resort. Halal sebagaimana poligami itu juga halal. Sakit but again, one can move on. Baik lagi drpd sakit sampai bertahun-tahun sebab x mampu redha dgn suami.
susah bela anak2? Itu tetap tanggungjawab suami sebagai bapa. Kalau rasa mampu berpoligami, apalah sangat nak meneruskan menanggung anak2. Diri sendiri insyaAllah boleh survive kalau ada sumber pendapatan.
Lgpon kalau suami betul masih sayang dan ikhlas berpoligami Lillaahita'ala, tentu dia fikir habis2 dan takkan sanggup bercerai semata mata nak kahwin kali kedua - kalau cerai gak maknanya bukanlah ikhlas sangat nak berpoligami tu, tapi ikhlas nak kahwin isteri baru je lah..kan?

Kalau isteri yg x bekerja dan bergantung 100% pada suami? Maknanya perlulah belajar redha jugak, kalau x bleh gak kenalah belajar berdikari.
Hidup jangan semata mata untuk suami, tapi biar untuk diri sendiri mencari kebahagiaan dunia dan redha Ilahi.
beruntung kelak dapat 'payung emas'.

Hakikatnya di sesetengah negeri dan kawasan mmg lelaki melebihi wanita. Ada kajian mengatakan di suatu masa nanti nisbahnya akan jadi 9:1. Salah satu tanda hujung zaman.Sekarang ni pon, eventho belom setinggi tu nisbahnya, tp tolak lelaki2 yg kat pusat serenti, yg mat rempit, yg kaki ragut, tinggal berapa je nisbahnya?
Dalam nisbah gender yang mkin celaru ini jugak la makin banyak kes anak luar nikah dan pembuangan bayi hari ke hari - match made in hell?

Sedang lelaki makin banyak pilihan, wanita pulak makin kurang pilihan. Makin tinggi usia, makin susah nak berjumpa dengan pasangan yang sesuai dan sekhufu. Yang sebaya dan sekufu tu plak kebanyakannya suami org - so suka atau tak, rancang atau tak, mmg benar kadar kenaikan poligami mmg berkadar terus dgn nisbah lelaki melebihi wanita.
salah ke kalau wanita2 ni nak rasa "..berkongsi pon x apelah asalkan dapat rasa sedikit bahagia.." lebih2 lagi bila ada lelaki yg sanggup memberi kasih..alahai.
Mcm real kan plak bunyi nyek..?
Dont worry, saya neutral. Saya bukan pro bukan juga kontra.
Atas pagar saja, buat masa ini.
Yg penting, saya percaya dalam setiap apa yg saya buat, prevention is better than cure.
Kalau x sanggup melawan ombak, jgn berumah di tepi pantai..kan?
Walaupon saya juga x putus berdoa ditemukan dengan seorg pelindung, sahabat dan peneman suatu hari nanti, selagi saya mampu berdikari sendiri saya sanggup bersendiri daripada menjadi punca kesedihan insan lain.
But at the end of the day, saya juga masih terikat dgn takdir dan ketentuan yg lebih hakiki.

Honestly, soalan ini ada sekali dua saya tanya pada diri sendiri - adakah saya akan termasuk dlm golongan yg satu itu? Yg terpaksa terima 'seadanya'?
Senang untuk berkata tidak, tp perkara paling hebat yg boleh saya buat adalah berdoa supaya tidak diuji dengan persoalan dan keputusan seberat itu.
Selebihnya...Allah Maha Mengetahui.


6:16 PM

1 friends sharing their thots

1 Comments:

Love to read ur opinion here..love how u able to dive into any wife heart..kawin dua or tiga mmg senang especially yg kedua or tiga tu..x perlu belajar or keje teruk senang2 boleh ada "income" 4 angka..tp bila si suami dlm kesusahan, first wife juga la tempat si suami mengadu..so di mana keikhlasan si isteri kedua ketiga tu juga dlm poligami kan? Moral here is utk si isteri selain menjaga fizikal mental utk suami perlu juga blk ke asalkan kita iaitu alquran n sunnah..praktis surah or ayat2 yg elok utk suami isteri..susah nk cr wanita singgle yg fikir mcm u..

By Anonymous Anonymous, at November 2, 2012 at 9:54 AM  

Post a Comment