sitting, waiting and wishing

Tuesday, March 6, 2012

rugged?


kesinambungan drpd entry sebelumnya.

..teringat perbualan dgn ustaz waktu menunggu flight kat Queen Alia Airport (Amman) ari tu..u
aku ni mmg jenis lambat warm up, 2 weeks ada peluang bersembang dgn ustaz ni, tp segan selalu. lgpon busy mengejar masa sepanjang masa kat Madinah dan Mekah, x smpt nak tangkap ustaz.

tp waktu kelam kabut urusan check in and boarding di Jeddah waktu nak balik ke Malaysia tu, aku ade tolong2, angkat bag tarik bag, kira itu ini waktu group check in etc. byk gak kelam kabut time check in tu sbb kami lambat, ahli grp gak kebanyakannya x berapa nak gerak. duduk je menunggu. yelah maisng2 dah penat. x senang duduk jadi nya tgk ustaz tu ke hulu hilir sesorg sampaikan time kitorg sumer mkn, dia x smpt makan pon. aku tolong2 mane bleh jek, tolak troli bag, air zam zam. walaupon ade gang2 lelaki yg buat tp rase cam boleh, tolak je bukan nak mengelek pon.

bila dia tau yg aku umur 30, single, his first question was " keja ape?" and then " dulu belajar mana?" " belajar apa?"
aha..see, even ustaz pon ade dia punye 'persepsi'. u can smell it from those questions. but i wasnt offfended. dah mmg mcm tu pon.

..and then the conversation went on and on. waktu ni most other ppl ( termasuk makcik2 yg aku dok berkepit dgn hehe) pegi freshen up, toilet breaks, solat etc. aku plk since xleh solat, lepak2 je jaga bag, tgk ustaz lepak makan eskrem arab, aku pon join ler sekaki.

 adelah benda2 yg ustaz ckp..dia sentuh soal jodoh mmg dah ditentukan, tp tak semestinya kita kena tunggu je x buat ape2. langkah ada caranya, terutamanya org perempuan, lagi2 kalau nak jaga adab dan adat. kalau x mampu sendiri, sepatutnya ibu bapa, keluarga kena amek peranan, which is what lacking now. zaman skrg mak bapak assume anak2 suka nak carik sendiri, so 100% lepas peranan pada anak2 sendiri. sedangkan ada jugak anak2 yg biasa2 mcm awak ni, bukan yg gedik2 dan bukan juga yg alim2, yg perlukan bantuan ibu bapa.

'yg biasa2'? hmm..

aku x komen sgt time ni..sensitif. kang komen2 lebih takut ternangis jek. buat2 gelak jek.
and then ustaz tu kata, dia belajar psikologi, and based on pengalaman berjumpa dgn pelbagai manusia dlm trip2 umrah dan haji mcm tu,dia selalu secara tak sedarnya membaca personaliti org.
owh no..
so dia start laa.." saya tgk awak ni..bla bla bla~"
detailsnye biarlah rahsia..tp byk lah yg terkena.
paling terkena bila dia ckp.." u cant cry inside and smile outside at the same time. begitu jugak u cant smile inside and cry outside.." tu dia, speaking london oo ustaz tu.
paling kelakar bila dia ckp.. " mungkin sbb awak ni dah biase keliling byk lelaki, belajar pon bidang lelaki, kerja pon bidang lelaki, tp ok sy saya tgk awak rugged je, laju"

adeh, rugged? ustaz plak tu komen gitu.
itu dgn dressing aku yg tone down, ok maybe 'sempoi' compared dgn org lain time tu yg berjubah bagai, aku je yg berseluar dgn kurta labuh.
tp fikir balik, aku rase cam paham la maksud dia 'rugged' tu guana..not limited tu cara dress, tp lain2 gak kot.

sebelum berpisah lepas amek luggage kat KLIA, ustaz tu smpt cakap terima kasih sbb tolong saya mcm2, ape2 boleh cerita2 lagi.
sampai pelik makcik2 sepergian aku tu, ape benda yg ustaz tu ckp?

hehe.. aku sengihkan aje. diorg tak perasan yg aku smpt ber'taaruf' dgn ustaz. leceh plak nak explain.

2:29 AM

0 friends sharing their thots

0 Comments:

Post a Comment