sitting, waiting and wishing

Wednesday, October 31, 2012

Part 3: Nabawi dan Raudah


We were in Madinah only for 3 days 2 nights. actually 2 days jek la kiranya. terasa pendek, tp sebenarnye cukup utk menyediakan diri, masuk gear 1 dan 2 lah kiranya.
rutin kami bermula seawal 3.30 pagi for subuh..amazingly buleh pulakla bgn hari2 gi masjid. excited nak selalu ke masjid, duduk selama mungkin, sentiasa rasa takut x cukup spend masa dlm masjid.
Masjid Nabawi ni bianaan mmg sgt indah dan besar. nak berjalan dari hujung ke hujung tu lagi jauh drpd nak balik ke hotel rasenye huhu..bersolat dan beribadat yg lain di dalamnya tak terasa penat, sejuk je. masuk2 je masjid bersusun tong2 air zam zam, minumlah sebyk mane yg perlu.

biler dah dekat waktu solat mmg ramai org berebut tempat, tp kami sort of dah ade tempat favourite kami sendiri. selalunye maklang dan makngah suka dkt2 ngan tiang, sbb senang dekat dgn rak Al-Quran. aku plak x kisah sgt, sbb prefer baca Quran yg aku bawak sendiri ke mana2.
target sepanjang umrah ni nak abeskan baca 30 juzuk...berjaya ke tidak ye?



Masjid Nabawi - the umbrellas open condition :p

Masjid Nabawi - the umbrellas closed condition ~
 Masjid Nabawi juga sinonim dgn 'raudah'.


Secara bahasa, “Raudhah” berarti taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang banyak dimasuki jamaah untuk memanjatkan doa. Ia terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah. 

Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 m . Luasnya yang hanya 144 meter persegi tak sebanding dengan jutaan jamaah yang berebut ingin masuk ke sana.

Jamaah haji atau umrah yang berada di Madinah, biasanya akan menyempatkan berdoa di Raudhah. Tempat ini tak pernah sepi, menjadi tempat yang paling afdhal untuk memanjatkan doa.

Seperti sabda Rasulullah Saw, “Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga” (HR. Bukhari no. 1196)  


Satu area di dalam masjid yang dinamakan Raudhah ini ditandai tiang-tiang putih dengan ornamen kaligrafi yang khas dan juga karpet warna hijau yang menutup lantainya. Warna karpet ini berbeza dengan warna karpet Masjid Nabawi yang semuanya berwarna merah.
Di kawasan ini juga terletaknya maqam junjungan besar kita, Rasulullah saw, juga dua sahabat besar, Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A.

ok, so asalnye kawasan raudah yg merupakan salah satu tempat paling mustajab berdoa di tanah haram Madinah ni sememang kecik jek.
pulak tu untuk perempuan ianya hanya dibuka sebahagian yg sgt2 kecil, itu pon cuma pada masa2 tertentu.
so yg betul2 susah nak masuk adalah jemaah wanita la ekceli.

aku pon from day 1 kat Madinah ni dah simpan angan2 nak masuk raudah. dpt solat sunat mutlak 2 rakaat dan berdoa yg penting2 jadik la..siang hari pertama tu dah dgr citer makcik2 lain dah dpt masuk.
ermm..kata maklang dan makngah, ramai org mcm mane nak masuk.
ermm ikutkan hati mmg nak gamble shj tp aku sabarkan jugak la awal2 tu..
hari ke-2 malam, barulah makcik2 ni tersedar yg esoknya kami ade ziarah luar, lps tu dah nak balik so maknenye x byk masa yg kami ade utk 'cuba' masuk raudah.

so malam tu lps isya, kami balik utk dinner - asalnye ingat nak teruskan misi slps dinner terus tp mcm takde tenaga pulak, so kami pon makan dulu.
lps makan br return ke masjid. kebetulan pulak jumpe ustaz syarip kat lobi hotel, so dia pon bawakla kami - aku, maklang, makngah dan 2 org lagi makcik room mates aku dan maklang.
ustaz cuma bleh tunjuk pintu masuk sbb pintu lelaki dan perempuan berasingan.

dari jauh aku dah rase berdebar-debar, mulut x henti berselawat, beristighfar..ape shj yg teringat masa tu.
masuk ke dalam masjid, kami terus menuju ke bhgn dpn masjid yg biasenye ditutup utk wanita.
jauh jugak nak ke raudah ni rupanya...
after jalan dalam 7 mins, tetiba dah nampak sgtlaaaah ramai manusia berpusu-pusu, berkumpul kat satu area ni.
sgt ramai manusia tgh menunggu giliran untuk masuk dalam kawasan seluas maybe 2x size bilik tidur aku jek.
Ya Allah rasa cam nak menangis time tu. Boleh ke nak masuk? waktu tu aku pon dah x nampak makcik2 tu. dah terpisah. takpelah tawakal jek.
ade yg duduk ade yg berdiri..aku join org2 yg duduk, ikut arahan guard2 kat situ - diorg kenal org malaysia dan indon, suruh kami duduk dan sabar.
tak keruan gak waktu tu tgk mcm2 gelagat manusia. takut tgk org lain esp.golongan dari negara2 arab ni berebut, bertolakan nak masuk. diorg kan besar2 kan..aku yg kira besar ni pon kalau kena tolak komfem jatuh. sbb tu x berani nak berebut la.kami yg duduk ni enjak sikit2..after dekat sejam gitu dah sampai ke depan jugak la, tetiba aku perasan ade sorg guard ni soh duduk kat one side ni, mcm diorg nak bukak jalan kat situ, so aku pon follow lah. tiba2 jek macam sumer org bgn dan berpusu masuk. dgn subconciousnye aku pon ikut sama meluru masuk. berlari la jugak sbb kalau berjalan silap2 boleh kena hempap! waktu ni aku dok imagine, camne lah makcik2 td tu. risau jugak.
sampai ke dpn, sangkut lagi x dpt nak masuk betul2 dalam kawasan raudah. dari belakang boleh nampak betapa padat dan kecohnya suasana dalam raudah tu! mcm mane lah nak solat agaknye.

but somehow..Alhamdulillah berjaya jugak masuk. bukanlah kawasan yg paling dpn, sbb aku pon sorg2 takde kawan nak sama2 ke depan dan saling bergilir utk bersolat.
dapat satu ruang utk berdiri di celah2 ramai manusia tu tp mulanya x konfiden nak solat. x konfiden nak sujud. takut di hempap or dipijak. tp lps tu tawakal je, solat mcm biase. kept it simple and easy.
keselamatan diri pon kena jaga jugak i thot.
amazingly dalam suasana keliling yg kelam kabut tu, solat mutlak 2 rakaat terasa sgt 'tenang'. waktu tu membayangkan yg mungkin itulah peluang terakhir nak solat ke situ, so tried my best to make use of the chance.
tapi x berlama-lama pon..habis solat dan berdoa, terus keluar.

sepanjang berjalan keluar dari raudah dan masjid diiringin lagi dgn salawat dan zikir. rase sgt lega, walaupon penat.
terus menuju ke tpt pertemuan yg dijanjikan, maklang n makngah dah menunggu. rupanye mereka yg lain x berjaya masuk malam tu.
hmm..honestly aku rase mmg tak berapa selamat utk makcik2 tu. makcik2 arab lain lah, besar2 dan ganas2..huhu..
malam itu tidur sgt lena, sbb kepenatan.

bersambung esoknya dgn aktiviti ziarah luar, sekitar kawasan Madinah.


tiang2 putih ni lah yg membezakan kawasan raudah dgn bhgn lain masjid *pic credit to google images*

Labels: ,

10:00 AM

2 friends sharing their thots

2 Comments:

subhanallah...serius aku pun nak sangat pegi..

By Blogger tUtyRAhiZa, at March 20, 2012 at 11:41 AM  

insyaAllah..kalau dah terniat, jgn tangguh2 lg, terus usaha ke arah itu beb. Bykkan sedekah, esp. Pada parents sendiri, family, org tua n anak2 yatim..
Sabil tu wat perancangan bajet n teknikal, and rohani yg lebih pentingnye, bykkan doa dan taubat.
Ini tips yg aku dpt dr org lain waktu aku memula niat dulu and Alhamdulillah, makbul :p

susah nak explain suasana dan perasaan kat sana tu ekceli, aku cuba nak gambarkan tp certain benda nak citer takut mebawa riak pulak nanti, Astaghfirullah..

Tp sememangnya sgt indah dan berbaloi every cent, rugi kalau kita x grab peluang muda2 ni, kickstart motivasi uk haji pulak, and a good practice too :p

By Blogger fhana, at March 21, 2012 at 6:21 PM  

Post a Comment