sitting, waiting and wishing

Wednesday, October 31, 2012

Part 1: Kembara menyuci jiwa - Niat dan persediaan.

niat. segalanya bermulanya dengan niat.
yg didatangkan bersama hidayah dan petunjuk-Nya.

Setahun lalu, bila seorg teman baik sampai masanya untuk ke sana, ade sedikit tersentuh rasa. tp jujurnya, tak terdetik lagi keinginan untuk mengikut jejak langkah. terase terlalu byk komitmen dan tak ada keyakinan pada diri sendiri. tp sempat jugak berpesan pada tman tu utk doakan aku dapat jugak panggilan-Nya utk ke sana.

sebelum tu seorg sahabat juga pernah menimbulkan persoalan.." Kaklong takde rase nak pegi gak ke?" *not this exact words..ni ayat sopan ni haha. ayat mamat ni waktu tu agak sarkastik*
tak ingat sama ade aku ade jawab ke tak, tp mmg waktu tu perasaan tu aku sendiri x pasti.
ramai jugak org sekeliling yg pergi dalam last year. and honestly, selain drpd merasakan "bestnye..", perasaan terhenti setakat di situ.

setahun yg menyambung rentetean hidup berperasaan kucar kacir. byk perkara baru berlaku di sekitar dan pada org2 dikeliling, lebih membuatkan aku rasa seolah-olah aku seorg yg kaku, tiada perubahan tiada penambahan. makin byk angan2, makan makin byk lah jugak kekecewaan.
semua jadi komplikated, susah untuk respond dan react pada benda yg berlaku disekeliling, seringkali jugak mengeruhkan keadaan dan melukakan hati org2 tersayang, lantas nak gembira ke nak sedih ke. kadang2 senyum dan gembira tu hanya untuk menutup pekung di dada, dan membuatkan org lain gembira.
insecure, drpd ditinggalkan benar2 seorg membuatkan aku betul2 jadi pengecut.
tp bila aku jadi betul2 berani, akhirnya kecewa jugak jawapannya.

Ramadhan.
Bulan yang membawa perubahan. tak perlu dgr berita sesiapa nak ke tanah suci. tak perlu ada sesiapa yg nak bertanya.
Mungkin agak pelik, tp satu hari ketika menonton satu drama di TV, terdetiklah niat tu.
Drama membawa kisah sepasang suami isteri yg ke sana, doa utama utk mendapatkan zuriat setelah sekian lama. seorg lagi watak, si ibu tunggal plak mendoakan anaknya mendapat keluarga. u can guess how the story ended.
drama je, but buat aku terfikir. ajaibnya. tp itulah kuasa Allah, tiada apa yg kebetulan. segalanya telah Dia rancang utk hambaNya.
For the first time tgk gambaran2 dlm TV tu, masjid, Kaabah etc mendatangkan rasa ingin melihat dgn mata sendiri.

and then selang beberapa hari, seorg sahabat pulak bercerita pasal sebuah buku 'Travelog Haji', yg secara kebetulannya terjumpa kat rak buku waktu browsing kat MPH.
terus aku beli buku tu..diam2 baca.
waktu tu jugak terjumpa dgn video2 berkenaan kisah2 artis yg berhijrah - wardina, catriona ross etc.
semua tu menyentuh jiwa..betapa besarnya makna hidayah pada manusia. terasa takut, bagaimana kalau Allah tarik hidayah dan pedomanNya yg ada skrg ni?

Tanpa sedar, NIAT itu sudah tertanam dalam hati. kalau korek2 balik blog ni, ade satu entry time aku memula terasa nak pegi. waktu tu terasa insecure sbb taktau nak pegi ngan sape, mcm mane etc. tak terfikir langsung jalannye mcm mane.
di belakang tabir, sahabat yg dulu pernah tanye " xde rasa nak pegi ke?" tu, sampaikan citer pada maknya and kebetulan kisahnya mak nye pon ade planning nak gi.
kebetulanla pulak..tp serious aku x yakin langsung yg ade ruang utk aku nak menumpang skali time tu.

balik cuti raya, aku habiskan baca buku travelog haji, dan mula sebut2 kat mak abah pasal niat tu.

balik dari cuti raya..a few days after, satu hari di office sahabat tu pass phone dia, on the line was mak nya, tanya direct nak ikut tak pergi sama.
dan mulut dgn senang menjawab "Nak." walaupon waktu tu x sempat pon nak consider lain2 benda cam kos, cuti etc.
semua tu after a while baru tersedar yg kena buat planning :p

and so the journey began. excited tak terkata sejak awalnya.
akhir tahun dugaan datang dlm bentuk satu eksiden ringan di rumah, ade sikit risau if injury berlarutan sampai susah nak jalan ke ape. truth is its not 100% ok yet, tp Alhamdulillah it only made me stronger inside.

bermula pencarian dalam diri sendiri, mula bermuhasabah diri, tanya balik kenapa nak pergi?
sbb nak berdoa? aku betulkan balik niat..ibadah umrah sewajarnya semata-mata untuk beribadah kepada Allah. titik. aku tanamkan perasaan itu. doa dan segala hajat, hanya sampingan yg melengkapkan.
rasa takut sikit2 datang, esp. bile mendengar dan membaca kisah2 hukuman cash yg diterima manusia yg terdahulu sampai ke sana. namun aku tanamkan dlm hati, siapa aku utk bersangka buruk pada Allah?

Proses bermuhasabah, bermonolog ni berlarutan beberapa bulan.
kena pulak kerja tiba2 menuntut komitmen, tp aku tak ragu2 utk be clear abt it dgn boss. no way aku nak postpone plan sbb keja. for the first time in many years, kerja wasnt my priority.

sedar x sedar..sampai akhir tahun. Alhamdulillah rezeki mengizinkan utk bayar abes fees pakej sebelum tamat december 2011, tarikh pon dah dpt by that time, dan hati pon semakin berdebar-debar.
waktu nak bayar tu xde sikit pon rasa sayang, walaupon sblm2 tu pernah plan duit tu utk sthg else. malah waktu tu terfikir pulak, kenapalah aku tak buat mcm tu 2-3 tahun yg lepas? kenapa sebelum ni sayang sgt nak allocate duit utk ke sana, sedangkan asyik berangan nak ke mcm2 tempat.
Niat, semuanya kerana niat. 

Kebetulan housemate pulak dpt menunaikan haji thn lps. lagi bertambah seronok mendengar cerita walaupon setiap kali mendgr citer tu sungguh tak terbayang. langsung. bayangan tu x ada. tak terbayang mcm mana rupa masjid2 yg diceritakan, mcm mana rupa Kaabah. time dgr citer ustaz ketika ceramah persediaan umrah pon sama. susah betulkan nak imagine biler ustaz sebut nama2 tempat keliling Kaabah dan Masjidilharam tu.

tapi about sebulan sblm pergi, ade bermimpi aku dah sampai ke sana. waktu tu aku ingat itu Masjidilharam. tp skrg baru aku tau yg dtg dalam mimpi itu adalah Masjid Nabawi :p
itu yg aku nampak dlm mimpi.

Persediaan aku buat slowly, both rohani dan jasmani.
sekadar berkongsi, utk teman2 yg mungkin dah ade pasang niat tu, bagus jika diperbanyakkan taubat, tahajud dan hajat. qadha segala yg tertinggal..walaupon jujurnye mungkin bertahun ambil masa nak ganti semua.
taubat especially. bersihkan hati. redha, cuba lepaskan apa2 yg terbuku. something yg susah utk aku...tp aku cuba hinggalah ke hari terakhir sebelum pergi.
pertama kali kenal makna solat tasbih. berbulan bulan amek masa nak tunaikan semenjak kali pertama baca pasal solat ni dalam buku...sungguhla lemah nya.

towards the trip, hari2 pon terbayang-bayang. dah nak dkt pergi tu tetiba rasa sedih...sbb x dpt pegi dgn mak abah. tetiba rasa bersalah sbb nak pegi tanpa diorg. aku sepatutnye bawak diorg sekali..
tp aku redha, tak mampu lagi. dan aku tak mampu menanti. rasa mcm dah terpanggil sgt.
itu yg paling berat nak dilepaskan sebelum sampai masa pergi tuh. tp hikmahnye, datang niat dan motivasi yg sgt hebat utk menaikkan mak dan abah gi haji. kalau boleh bersama aku sekali, tp kalau x dpt, dpt hantar mereka pegi dulu pon cukup bahagia.

pergi pon takde bertemankan ahli keluarga, cukup dgn panggilan dr jauh untuk semua yg tersayang. dah jumpe dgn semua 2 minggu sblm berlepas waktu buat kenduri doa selamat kat kampung.
bagus jugak tak bertemankan sesiapa, sbb rase kalau ade diorg surely x dpt remain calm je.

terasa cukup bernasib baik dan bertuah, aku ade sahabat2 yg menyambungkan silaturrahim aku dgn org2 yg bersama dgn aku ke sana. mungkin pelik bagi setgh org. walaupon tak berapa kenal asalnya, dan jujurnya ada jugak rasa risau, tak pasti mcm mane nak bersama dgn diorg sepanjang dua minggu tu, aku bukan jenis yg mesra alam sgt pon. TAWAKAL.

tarikh 13 feb, dalam debar akhirnya berangkat jugak, sempat call mak, abah, makwe utk ucap selamat tinggal dan mohon ampun maaf. tak terkata sebaknya mcm mana.
sempat jugak meluahkan ape yg terbuku di hati pada seseorg. yg selama ni aku simpan dalam hati sampai jadi luka dan nanah. takde apa2 yg membuka cerita silam, hanya harapan dan maaf utk segala kekalutan.
Flight in total 13 hours KL-BANGKOK-AMMAN, and then AMMAN-JEDDAH after half-day ziarah in Jordan, terasa amat panjang.

Apa yg menanti di sana? Ape perasaan dan reaksi waktu melintas sempadan tanah haram Madinah dalam subuh pagi? mcm mana rasenye kali pertama melihat Masjid Nabawi, kali pertama melangkah masuk dan bersolat di dalamnya? kali pertama dahi menyentuh sejadah ketika sujud padaNya?
susah nak digambarkan, tp insyaAllah akan cuba aku susunkan jadi kata2.

-to be continued-

Labels: ,

11:00 AM

0 friends sharing their thots

0 Comments:

Post a Comment