sitting, waiting and wishing

Wednesday, February 8, 2012

harapan dan doa.

semalam bersembang (chat on the phone) dgn seorg sahabat, kukatakan seorg sahabat sbb dia antara yg tahu kisah suka duka. bukan sekadar kawan sekali lalu yg hanya kenal aku waktu senyum ketawa,
perbualan kami mmg kerap masuk soal2 serius dan intense, dalam gelak2 dan kelakar2 tu pon. kalau suka, suka betul. kalau serius pulak mmg kdg2 sampai menyesak dada.
nway smlm at one point masuk bab2 jodoh, sahabat ni mcm aku pon masih mencari-cari. secara khususnya soal doa meminta jodoh.
suddenly comes the serious question, mulanya aku yg bertanya "ape yg kau harapkan? nak yg mcm mana?"
so dia pon membuka cerita..
kemudian aku plak yg ditanya "kau plak?"

then suprisingly,aku menjawab dgn jawapan yg sedikit ortodoks.
jawabku lebih kurang gini, " Aku cuma mintak Allah tunjukkan dan jumpakan dgn seorg yg terlebih dahulu menyayangi dan ikhlas utk terima aku sbg isteri. Kalau dipertemukan dgn org tu, asalkan tiada cacat fizikalnya, walau sederhana kerjayanya namun besar cita2nya, cukup solatnya walau bukan ustaz atau alim2, sedia menerima aku dan keluarga seadanya, then aku akan bersedia utk terima org itu sbg suami. suami terus, bukan sbg bf ke ape ke. ok tambah satu extra point, xnak org yg smoking. haha. xde langsung rasa utk bercinta bagai, cukup andai org itu boleh yakinkan aku yg dia akan cuba membahagiakan dunia dan akhirat. doa aku supaya dipermudahkan terus pada perkahwinan, dan insyaAllah cinta dan kasih aku akan develop selepas itu. jujurnya bila sampai tahap skrg ni, cara begini yg aku mahu. bukan kekasih suka2 yg aku tunggu dan cari, tp seorg suami yg selayaknya bila sampai masanya..."

seketika mcm ade awkward silence. aku sendiri terkedu, jawapan jujur yg biasanya aku simpan sendiri.
yelah soal ni bukan soal biasa2, dan prinsip itu bukanlah prinsip mainstream.
mungkin sbb beberapa kali in the past aku dah merasa sakitnya biler aku yg syok sendiri merasa, ikut kehendak hati dan nafsu, skrg aku berazam utk menjadi lebih baik utk diri sendiri, sambil menunggu dan menerima.
Bunyinya pasif dan pasrah, tp itu lah sebenarnya aku. mmg clueless bab2 ni, cuma kerana tekanan luar dan 'peer pressure', 2-3 tahun ni aku kononnya cuba 'berusaha', namun x kena cara dan masanya. aku kalah jugak akhirnya..bunyi mcm give up tp sebenarnya lebih kepada lega, lega yg aku pernah berusaha, mungkin belum sampai jodoh dan masanya.

dalam beberapa hari lagi, insyaAllah akan ke tanah suci. sememangnya jauh di sudut hati inilah salah satu doa yg sungguh teringin utk dipohon. tp aku sentiasa cuba ingatkan diri, the ultimate goal is kemuncak taubah dan niat beribadat semata-mata kerana Allah. terlalu byk dosa yg pernah dilakukan sepanjang 30tahun hidup, jika diikutkan deberi peluang utk terus hidup di bumi Allah ini pon merupakan satu rahmatnya. Apatah lagi utk meminta-minta pada sesuatu nikmat yg Allah shj yg tahu sebaik-baik hikmahnya. Of cos doa tetap akan dipanjatkan, utk diri sendiri dan semua yg tersayang, jika termakbul itulah kasih sayang dan belas kasihanNya pada hambanya yg serba kekurangan. ketenangan hati yg masih tercari-cari skrg ni lah yg aku harapkan boleh mengurangkan keluh kesah dan kesunyian.

Harapan utk menjadi lebih baik drpd hari ini, not over the course of two weeks, tp sepanjang hayat secara istiqamah, harapnya bukan sekadar harapan yg hangat2 tahi ayam.



11:47 PM

0 friends sharing their thots

0 Comments:

Post a Comment